info@matroll.com 03-8920 2690   CD KEY RENEWAL
 
 
  PUBLICATION
 PENULISAN TESIS
 PRINSIP PSIKOTERAPI
 SOCIETY & COUNSELING
 STRATEGIES IN COUNSELING
 SELF ENHANCED ACTIVE LEARNING
 
  AMALN PENYELIDIKAN COUNSELING
 
 
Penulisan yang dikemukakan di dalam buku ini jelas menunjukkan bahawa konseptualisasi tentang penyelidikan serta hasil penyelidikan memberi implikasi ke atas pendidikan dan amalan kaunseling. Penulisan yang dikemukakan memberi tumpuan kepada aspek metodologi penyelidikan, isu yang dihadapi oleh kelompok remaja, isu alam perkahwinan dan isu usaha mempertingkatkan kompetensi kaunselor pelatih dalam program pendidikan kaunselor.

Aspek metodologi penyelidikan yang dibincangkan dalam buku ini menggariskan kepentingan konseptualisasi dan amalan pengukuran kebolehpercayaan yang memenuhi piawaian Sains Sosial Terapan khususnya bidang kaunseling agar kajian yang dilaksanakan oleh para sarjana tempatan setanding dengan komuniti sarjana antarabangsa. Sungguh pun penyelidikan berorientasi kuantitatif penting, namun penyelidikan yang berunsur kualitatif juga dapat memberikan sumbangan keilmuan dalam bidang kaunseling.

Sehubungan ini, kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ke atas remaja yatim berbangsa Melayu dan permasalahan anak yatim turut dibincangkan. Impak pemilihan kerjaya penting serta mempengaruhi masa depan seseorang pelajar semasa di sekolah menengah. Kajian tentang kepastian kerjaya remaja turut dibincangkan dalam buku ini. Masyarakat Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan cabaran perubahan, maka sempadan amalan kaunseling terbuka begitu luas dan meliputi fenomena yang berlaku dalam bidang komuniti, kekeluargaan dan perkahwinan. Fenomena kecurangan dalam perkahwinan dibincangkan sebagai isu semasa yang diberi perhatian dalam penyelidikan kaunseling kerana konflik dalam perkahwinan sering dikaitkan dengan permasalahan mental ahli keluarga, terutamanya anak-anak. Kajian tentang penyeliaan kaunseling, dan penggunaan komputer menunjukkan betapa pentingnya bidang penyelidikan baru dalam kaunseling yang wajar diterokai oleh para penyelidik.
 
 
 
 
EVENTS
Action Research by JPN Selangor - Official Launching
 
National MGGM Convention
 
SEMINARS AND TRAININGS
 
 
 
 
Designed and developed by
 
 
  Evaluated by Supported by Designed for
 
 
 
       
 
 
 
tv_01   tv_02
 
 
© 2014 Matroll Technology Sdn Bhd. All rights reserved. Company | Education | Industry IT | Publications | Training | Contact