info@matroll.com 03-8920 2690   CD KEY RENEWAL
 
 
  PUBLICATION
 AMALAN PENYELIDIKAN COUNSELING
 PENULISAN TESIS
 SOCIETY & COUNSELING
 STRATEGIES IN COUNSELING
 SELF ENHANCED ACTIVE LEARNING
 
  PRINSIP PSIKOTERAPI
 
 
Buku ini mengandungi konsep dan amalan dalam psikoterapi, kaunseling dan pengurusan dalam kaunseling.  Beberapa bahagian awal buku ini menghuraikan secara terperinci pelbagai teori dalam psikoterapi dan kaunseling.  Antara lain buku ini menyentuh tentang pendekatan orientasi afektif yang mengandungi Teori Psikoanalisis dan Teori Pemusatan Perorangan.  Di samping itu, pengarang juga memberi tumpuan khas ke atas Teori Gestalt dan Teori Modifikasi Perlakuan.  Turut dibincangkan ialah pendekatan orientasi kognitif seperti Teori Psikologi Individu dan Teori Rasional Emotif Perlakuan.  Perbincangan juga dikaitkan dengan pendekatan pelbagai budaya.  Seterusnya dengan mengemukakan pendekatan Teori Psikologi Kognitif ad-Din, pengamal kaunseling dapat memahami pendekatan fitrah manusia dan konsep psikologi dari perspektif Islam.

Dalam bab-bab seterusnya, buku ini membincangkan tentang pengurusan kaunseling secara umum iaitu penghuraian tentang pelbagai pendekatan pengurusan dan kesesuaiannya dengan cara penerapan pengurusan kaunseling.  Pengarang juga menerapkan aspek perundingan kaunseling sebagai perkhidmatan sokongan dalam menjamin pengurusan kaunseling terutamanya pengelolaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah boleh dilaksana dengan berkesan.  Dibincangkan juga tentang amalan penilaian psikologi yang baik, jenis-jenis ujian dan penilaian psikologi.  Buku ini telah memenangi hadiah kesarjanaan “Hadiah Buku Karya Asli Terbaik” kategori sains sosial dan kemanusiaan Universiti Putra Malaysia 2002.
 
 
 
 
EVENTS
Action Research by JPN Selangor - Official Launching
 
National MGGM Convention
 
SEMINARS AND TRAININGS
 
 
 
 
Designed and developed by
 
 
  Evaluated by Supported by Designed for
 
 
 
       
 
 
 
tv_01   tv_02
 
 
© 2014 Matroll Technology Sdn Bhd. All rights reserved. Company | Education | Industry IT | Publications | Training | Contact